ASSALAMUALAIKUM TOKKK !!!
Korang semua sihat ? Kalau sihat Alhamdulillah kalau tak makan laa ubat ye tokk. Btw ini blog baru aku yang dibuat oleh adik aku Izzati Moffet. Thanks dik sebab buat blog ini untuk abang. Untuk post yang ni aku just nak sampai kan apa yang aku tak sempat nak cakap pada kawan , abang , kakak dan adik-adik aku serta parents aku .
Kepada kawan-kawan aku Aimi Adzmi , Aminur Hakeem , Ahmad Farid , Abdul Hakim , Asmawie Awie , Azamirul Ayun , Shafiq Izuddin , Izhar Kecik , Adzaruddin Udin Lalat , Zulfadhli Adek , Amir Aizat , Iqbal Mustafa , Thariq Assef , Ahmad Haziq dan Salihuddin Salley . Aku nak mintak maaf kat korang if aku ada susah kan korang or buat korang sakit hati . Pada aku korang laa tempat aku happy sebab aku takde adik or abang or kakak untuk aku rasa happy bersama dan rasa macam mana hidup yang besar dan korang laa abang dan adik-adik aku yang aku sayang . Maafkan aku kalau aku ada buat korang terasa dengan perangai aku or buat korang rasa menyampah dengan aku if aku ada tipu korang . Maafkan aku juga sebab ini semua aku tak nak buat korang risau pasal aku dan korang tetap dalam hati aku walaupun ingatan aku terhadap korang dah takde . Thank you for making my life cheerful :)
Kepada sister-sister aku jaga diri ye adikmu akan tetap kenangkan di dalam hati dan maafkan adik ye sis Shima Mustapha , sis Anis Rahaizak and akak Anis Nadiah Abidin adik tak berniat pun nak tipu sis dan ingat adik eh sis adik sayang sis .
Kepada abangku Iskandar adik sayang abang dan abang dah banyak tolong adik . Hanya tuhan sahaja dapat balas budi baik abang . Ampunkan adik abang sebab adik banyak buat salah dengan abang . Maafkan adik .
Kepada adik-adik ku Izzati Moffet , Effa Nadia , Nashahiera Nazri and Hurin Diyanah abang mintak maaf sebab jarang hangout dengan korang dan abang mintak maaf sebab jarang ambil berat tentang korang . Maafkan abang sebab abang rahsiakan perkara sebenar dari korang . Korang jangan nangis walau apa pun berlaku pada abang okay . Korangkan adik abang , adik abang semua kuat-kuat tak boleh nangis-nangis tau :)
Kepada cucu kesayangan atok Babeeyra Yaw or Fatin Nur Syahirah . Atok mintak maaf kat cu sebab atok tak dapat tunaikan janji atok kat cu untuk belajar sama-sama and maafkan atok sebab selalu buat cu menangis dan maafkan atok sebab rahsiakan perkara sebenar . Atok tahu cucu atok ni sensitif so atok nak cucu atok ni kuatkan semangat and cu dan janji dengan atok walau apa pun jadi kat atok please jangan menangis okay :) Btw atok dah main awwchakk depan cermin :)
Kepada Ayah dan Mummyku . Anak mu Johan Syamil Iskandar Abu Sahar Bin Hamzah ini ingin memohon maaf kepada ayahanda dan bonda atas segala kesalahan anak mu ini. Maafkanlah anakanda mu ini kerana menyembunyikan perkara sebenar daripada ayahanda dan bonda . Anakanda berbuat demikian kerana anakanda tidak mahu bonda dan ayahanda risau . Walau apa pun terjadi pada anakanda , ayahanda dan bonda harus tabah menghadapinya tanpa anakanda mu ini . Maafkan anakanda :)
Akhir kata daripada hamba Allah yang bernama Johan Syamil Iskandar Abu Sahar Bin Hamzah semoga kita bertemu lagi dan maafkan lah hamba ini jika tersalah kata or taip kan maafkan aku. Assalamualaikum.


No comments:
Post a Comment